Sabtu, 31 Julai 2010

Ini Tidak Adil!!


Manusia ini sering berfikir bahawa kehidupan ini tidak adil.. Manusia sering kali menyoal..

Mengapa dia kaya?? tapi aku.....

Mengapa dia cantik?? tapi aku...

Mengapa dia kacak?? tapi aku...

Mengapa dia sentiasa sihat?? tapi aku...

Mengapa dia bijak?? tapi aku...

Ini tidak adil!! tidak adil!!


Cuba kita lemparkan pandangan ke sekeliling. Lalu berfikirlah tentang dunia dan segala isinya...

Bukankah katil - katil hospital dipenuhi manusia yang ditimpa penyakit bertahun - tahun??
bukan kita...

Bukankah di balik pagar besi terdapat ribuan manusia yang hidup terkurung dan terhina??
bukan kita...

Bukankah di pusat - pusat pemulihan dan hospital - hospital ramai yang kehilangan akal sihatnya, lenyap kesedarannya dan menjadi gila??
bukan kita...

Bukankah di luar sana ramai fakir miskin yang tinggal di bawah pondok usang dan khemah koyak yang tidak punya roti untuk dimakan??
bukan kita...

Bukankah di sana ramai wanita yang kehilangan anak - anak dan suami??
bukan kita..

Bukankah kamu pernah lihat wanita yang bisu, pekak, buta dan kehilangan sebahagian anggota badan??
juga bukan kita...


Masih tidak adilkah??

Sedangkan kita berada dalam keadaan yang selamat, aman, damai, dilindungi dan kenyang.. Justeru itu, bersyukurlah kepada Allah atas segala nikmat-Nya..

Isnin, 12 Julai 2010

Jadikan aku berjaya seperti mereka..


Ya Allah Tuhan Sekelian Alam,
Yang Menciptakan langit, bumi, matahari dan segala isinya..
Yang Menjadikan aku, dia dan mereka..

Ya Allah, jadikan aku berjaya seperti mereka...
Mereka yang tidak pernah ku lihat dengan mataku sendiri..
Mereka yang tidak dapat ku bayangkan wajahnya..
Mereka yang terlalu jauh keberadaannya..

Namun, merekalah idolaku, merekalah cita - citaku..

Ya Allah Ya Tuhanku..

Jadikanlah aku berjaya menjadi gadis mulia semulia diri
Maryam,
Jadikanlah aku berjaya menjadi wanita faqihah sebijak minda Aisyah,
Jadikanlah aku berjaya menjadi perempuan yang tabah sekukuh hati Asiah,
Jadikanlah aku berjaya menjadi srikandi kebanggaan sehebat jiwa Sumayyah,
Jadikanlah aku berjaya menjadi hiasan indah seanggun akhlak Rabiatul Adawiyah,
Jadikanlah aku berjaya menjadi isteri solehah setulus kasih Siti Khadijah,
Jadikanlah aku berjaya menjadi wanita yang berjiwa seperti mereka..

Isnin, 5 Julai 2010

Doa


Tuhan..
berikan aku ilmu
untuk memahami manusiaMu
yang sering kejam,
marah dan hanya berfikir
dari kehendak dan mimpi sendiri.
berikan aku kepekaan
buat merasa arus cinta,
kesenangan, kesedihan
atau kesengsaraannya,
kerana aku perlu memahaminya
sebelum aku mengundurkan
keterlibatan dengannya.

Tuhan
berikan aku upaya
untuk hidup bersama
paya, lembah, batu,
pasir, lumpur dan lautan,
kerana Kau buatkan aku,
makhluk bersamanya,

berikan aku ketenangan
untuk melihat pucuk jadi daun,
menunggu malam dan bintang - bintangnya,
mengikut musim - musim hujan, kemarau,
siput, penyu, dan burung - burung berkeliaran
kerana aku harus
tahu cara alam untuk
kusesuaikan diriku kepadanya

Tuhan,
berikan aku mata hati yang cerah
untuk kukenali diriku,
segala perubahan yang terkelip di detik,
segala perasaan yang tak mungkin kukawal,
segala arah waktu di depan jalan
kerana aku harus tahu mengapa aku disini,
kemana akan ku tuju...

Nukilan Sasterawan Negara
Muhammad Haji Salleh

Puisi ini begitu memberi makna.. kerana kita, aku, kamu, dia dan mereka sering terlupa mengapa aku disini..
kemana harus ku tuju...
siapa yang akan menemaniku...
dimana penghujungnya...
bagaimana harus ku tempuhinya...