Jumaat, 26 November 2010

Betapa Besarnya..


Ya Allah Yang Maha Pengasih..

Betapa besarnya CintaMu padaku… hingga Kau sentiasa Mendengarkan ku.. walaupun aku selalu mengkhianati janjiku padaMU…

Betapa besarnya kasihMu pada hambaMu… sehingga Kau masih memberi peluang untukku bertaubat memohon keampunan atas segala dosa yang telah ku perbuat..

Betapa besarnya sabarMu sehingga Kau sentiasa menanti masa untukku mengadu dan menangis padamu sedangkan terlalu jarang aku mengingatiMu…

Betapa besarnya pemberianMu sehingga ke saat ini kau masih memberi udara untukku bernafas.. memberi makanan ketika aku lapar.. memberi air ketika aku haus… dan memberi ketenangan ketika aku berduka…

Allahuakbar... Betapa Besarnya...


Selasa, 16 November 2010

Bunga..


Bunga..

Cantikmu dipuja...
Wangimu dihela..
Tarikanmu dibela..
Persismu diteka..
Gerakmu ditegah..
Manismu diminta..

Kelak...

Bunga..

Layumu dibiar..
Kelammu tak dilihat..Jatuhmu tak diangkat..
Tidak lagi dilihat..
Luka yang tidak terawat..
Kamu sudah terlambat..

Bunga..

Ingatlah ketikamu masih sempat...