Rabu, 20 Januari 2010

Bagaimana Doa Kita?


Tiadalah senjata yang paling canggih bagi umat Islam dari dahulu sehingga ke akhir zaman ini melainkan doa. Doalah satu - satunya jalan yang kita semua maklumi akan peranannya, tetapi sayang hampir - hampir dilupai ditelan arus kemodenan teknologi canggih. Hakikatnya, bagi kita umat yang memahami kesyumulan Islam, doalah senjata yang akan terus berlawan dengan takdir hingga ke hari kiamat dan doa jugalah yang mampu mengubah takdir.

10 Sebab Doa Tidak Diterima


Seorang ahli Sufi, Ibrahim Bin Adham pernah ditanya oleh penduduk Basrah mengenai nasib mereka yang masih serupa walaupun selalu berdoa kepada Allah s.w.t. Ibrahim menjawab:
  • Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak memenuhi hak - hak-Nya (hak Allah adalah: mengikut segala suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.)
  • Kamu mengaku mencintai Rasulullah, tetapi kamu tidak pernah mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.
  • Kamu membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak mengamalkan isi kandungannya.
  • Kamu mengaku syaitan adalah musuh kamu, tetapi kamu patuh kepadanya.
  • Kamu berdoa dijauhkan dari api neraka, tetapi kamu mendekatinya dengan selalu membuat maksiat.
  • Kamu berdoa semoga dimasukkan ke syurga, tetapi kamu tidak berusaha untuknya.
  • Kamu mengetahui bahawa kematian itu pasti, tetapi kamu tidak bersiap sedia menghadapinya.
  • Kamu selalu membuka keaiban saudara kamu, tetapi kamu tidak melihat keaiban diri kamu sendiri.
  • Kamu makan segala rezeki dan nikmat Allah, tetapi kamu tidak mensyukurinya.
  • Kamu mengebumikan jenazah saudara kamu yang meninggal dunia, tetapi kamu tidak mengambil iktibar darinya.

Isnin, 18 Januari 2010

Buat Wanita Idaman..


Sajak Lelaki Idamanku...

Lelaki idamanku adalah seorang lelaki yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa takwa kepada Allah s.w.t,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,
Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang - orang yang berjuang di jalan Allah s.w.t,

Lelaki idamanku sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan
Yang mencontohi sifat Rasulullah s.a.w,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya,

Lelaki idamanku tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana penat membaca,
Suaranya lesu kerana mengaji dan berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya subuh penuh kecergasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan..

Kurniakan lelaki idamanku Ya Allah...

wanita..

Lembut wanita kerana senyumannya,

Cekal wanita kerana beraninya,

Patuh wanita kerana kesetiaannya,

Sabar wanita kerana imannya,

Kasih wanita kerana belaiannya,

Lemah wanita kerana air matanya,

Ikhlas wanita kerana simpatinya,

Pendam wanita kerana cemburunya,

Sayang wanita kerana sikap keibuannya,

Tanpa wanita lelaki menjadi lemah,

Tanpa wanita lelaki menjadi kalah..

Berbanggalah anda diciptakan sebagai wanita..

Anda perhiasan dunia yang bakal melahirkan pejuang agama...

InsyaAllah..

Ahad, 10 Januari 2010

Buat Saudariku...


Selamat bertemu, saudariku.. muslimah yang memakai hijab kerana rasa malu dan untuk menjaga maruah serta prisip mulia.

Selamat bertemu, wahai saudariku.. muslimah yang sentiasa belajar dan menelaah dengan penuh kesedaran dan pemikiran yang bersih.

Selamat bertemu, wahai saudariku.. muslimah yang sentiasa menetapi janji, dipercayai dan amanah.

Selamat bertemu, wahai saudariku.. muslimah yang sentiasa bersabar, berhati - hati dan memohon keampunan.

Selamat bertemu, wahai saudariku.. muslimah yang sentiasa berzikir, bersyukur, dan bermunajat.

Selamat bertemu, wahai saudariku.. muslimah yang menjadikan Asiyah, Maryam, dan Khadijah sebagai teladan dan ikutan.

Selamat bertemu, wahai saudariku.. muslimah yang mendidik para pahlawan, dan melahirkan lelaki yang menabur jasa.

Selamat bertemu, wahai saudariku.. muslimah yang sentiasa menjaga nilai - nilai, dan memelihara diri serta iffah.

Selamat bertemu, wahai saudariku.. yang sentiasa takut kepada Allah s.w.t dan menjauhi apa - apa yang dilarang dan dimurkai-Nya.


Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia, Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni

Khamis, 7 Januari 2010

Allah loves us!..

I ask for Strength.. and God gave me Difficulties to make me strong..

I ask for Wisdom.. and God gave me Problems to solve..

I ask for Prosperity.. and God gave me Brain and Brawn to work..

I ask for Courage.. and God gave me Danger to overcome..

I ask for love.. and God gave me trouble people to help..

I ask for favors.. and God gave me Opportunities..

I received nothing I wanted.. but I received everything I needed..

Rabu, 6 Januari 2010

Dedikasi Buat Wanita Suci....

Wanita suci...

Tunggu sang lelaki suci menjemputmu dalam rangkaian khitbah dan akad..
Atau kejar sang lelaki suci, itu adalah hakmu, seperti ibunda KHADIJAH..

Wanita suci...

Bariskan harapmu pada istiqarah sepenuh erti ikhlas. Relakan Tuhan pilihkan lelaki suci bagimu, mungkin sekarang atau nanti, bahkan mungkin tiada sehingga kau mati.

Mungkin itu dirimu terlalu suci untuk semua lelaki di alam permainan saat ini..

Mungkin lelaki suci itu menanti di istana kekalmu yang kau bangun dengan seluruh kekhusyukan ibadah..

Wanita suci..

Pilihan Tuhan Yang Maha Esa tidak selalu seindah inginmu, tapi itulah pilihanNya..
Tiada yang lebih baik dari pilihan Tuhan..

Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki terpilih itu.. melainkan pada jalan yang kau pilih..

Seperti kisah seorang wanita di masa lalu yang meminta keislaman sebagai mahar pernikahan, atau mungkinkebaikan itu terletak pada keikhlasanmu menerima keputusan

Kekasih Teragung, Kekasih tempat kita seharusnya meletakkam segala cinta..

Selasa, 5 Januari 2010

Tahun Baru... Azam Baru..

Assalamualaikum..
Masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru..
Apakah azam baru kita untuk tahun ini?
Apakah azam tahun lepas sudah tercapai?