Rabu, 21 April 2010

Pandanglah.. dan Berfikirlah..


Salam sejahtera… semoga sentiasa dilindungi dan dilimpahi dengan Kasih Sayang Allah s.w.t. tiba – ti ba tangan ini terlalu rajin untuk bekerja menekan butang butang huruf di papan kekunci ini.. tangan ini diarah oleh akal, dan akal diberitahu oleh saraf – saraf bahawa hati ini terluka. Hati ini mengalami sedikit kesakitan.. dan akal pula sedang berusaha mencari penawarnya.. namun hingga kini, belum lagi dijumpai.. tapi kini akal teringat kan satu ubat yang paling mujarab. ‘mesti ubat ini berkesan untuk hati, aku pasti!’, kata akal. Tiba – tiba akal terdengar teman rapatnya dan juga jirannya tertawa..

‘Mata tertawa?’, detik di lubuk hati akal. Mata teman rapatnya, juga jiran hidupnya sepanjang hayatnya.. mata tertawa lagi..

‘ Wahai temanku mata, mengapakah kamu tertawa?, tanya akal.

‘ Aku sentiasa melihat telatah manusia kini, sebahagian mereka kelihatan sedih, sebahagiannya pula kelihatan gembira.. tapi kali ini aku tertawa kerana aku melihat orang yang bersedih tetapi tindakkannya melucukan.. dia sepertinya merasa tiada orang yang melihatnya.. sangat lucu…’ jawab mata sambil tertawa.

Akal hanya tersenyum melihat telatah mata.. sememangnya mata memang ceria.. mata sentiasa memandang ke sana ke mari melihat telatah manusia yang lainnya.. mata juga sentiasa melemparkan pandangannya sejauh mungkin untuk melihat kebesaran Allah s.w.t. namun tidak dinafikan juga bahwa mata juga melakukan kesilapan.. kesilapan memandang perkara yang tidak sepatutnya dilihat..

Akal bertanya kepada mata ,‘ mata, kamu sering melihat telatah dan kelakuan manusia lain, adakah kamu melihat telatah dan kelakuan tuan kita ini?’ terkejut dengan soalan akal.

Mata terdiam. Dalam diam mata memikirkan jawapannya.. ‘sebenarnya, aku melihat apa yang dilakukan oleh tuan kita.. namun kadang kala aku tidak mampu mengawal tindakan tuanku ini.. aku hanya mampu melaporkan apa yang aku lihat kepadamu dan kepada hati.. namun tindakan aku ditentukan oleh arahan darimu dan dari hati..’. mendengar jawapan mata, akal turut tersedar, bahawa ia mempunyai tanggungjawab yang besar.. akal perlu mengeluarkan arahan yang betul bagi memastikan tindakan sahabat – sahabatnya juga betul..

Tiba – tiba mata bersuara lembut, ‘Akal, kami bergantung pada arahan darimu dan dari hati untuk bertindak. Namun, kehendak hati tidak sentiasa betul. Hati selalu membuat arahan mengikut nafsu.. iaitu musuh kita… untuk itu aku mohon padamu akal, sering – seringlah menasihati hati supaya kita dan tuan kita sentiasa berada dalam keredaan Allah.. secara jujurnya, aku takut untuk menjawab setiap kesalahan yang aku lakukan diakhirat nanti..’

Akal berdiam dan berfikir.. kerana itu adalah tugasnya… ia berfikir dan terus berfikir…

‘Aku akan memperbaiki fikiran ini dan akan selalu menasihati hati supaya kita aman sentiasa’ kata akal..

Akal mengarahkan kepada setiap anggota kerajaan supaya sentiasa berdoa untuk kebaikkan mereka dan tuan mereka..

“ Ya Allah, ampunkanlah segala dosa kami.. gerakkan hati dan akal kami untuk sentiasa mengarahkan kami untuk melakukan kebaikkan dan meninggalkan keburukan serta kesalahan.. Ya Allah terimalah taubat kami.. Amin…”