Isnin, 1 Ogos 2011

Khutbah Rasulullah SAW Menyambut Bulan Suci Ramadhan

Berikut merupakan wasiat Baginda Rasulullah SAW pada malam terakhir bulan Sya’ban, tatkala menyambut datangnya bulan Ramadhan-

"Wahai manusia!

Sungguh telah datang kepada kalian bulan Allah yang membawa berkah, rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya paling utama. Malam-malamnya paling utama. Detik demi detiknya paling utama. Inilah bulan di mana kalian diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya.

Pada bulan ini nafas-nafas kalian menjadi tasbih, tidur kalian ibadah, amal-amal kalian diterima dan doa-doa kalian dikabulkan. Mohonlah kepada Allah, Tuhan kalian, dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Dia membimbing kalian untuk melakukan puasa dan membaca Kitab-Nya. Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah pada bulan agung ini.

Bersedekahlah kepada kaum fakir dan miskin. Muliakanlah orang tua. Sayangilah yang muda. Sambungkanlah tali persaudaraan. Jagalah lidah. Tahanlah pandangan dari apa yang tidak halal untuk kalian pandang. Peliharalah pendengaran dari apa yang tidak halal untuk kalian dengar.

Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosa. Angkatlah tangan-tangan kalian untuk berdoa pada waktu solat. Itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah ‘Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih. Dia menyahut mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyahut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa-doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.

Wahai manusia!

Sesungguhnya diri kalian tergadai kerana amal-amal kalian. Oleh kerana itu, bebaskanlah dengan beristighfar. Belakang-belakang kalian berat kerana beban (dosa). Maka dari itu, ringankanlah dengan memperpanjangkan sujud.

Ketahuilah! Allah SWT bersumpah dengan segala kebesaran-Nya, bahawa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang solat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan-Nya.

Wahai manusia!

Siapa saja di antara kalian memberi makan (untuk berbuka puasa) kepada orang-orang Mukmin yang berpuasa pada bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang hamba dan diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu.

Jagalah diri kalian dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah diri kalian dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air.

Wahai manusia!

Siapa yang memperbaiki akhlaknya pada bulan ini, ia akan berhasil melalui sirath al-mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) pada bulan ini, Allah akan meringankan persoalan-Nya pada Hari Kiamat. Siapa saja yang menahan keburukannya pada bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa sahaja yang memuliakan anak yatim pada bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa saja yang menyambungkan tali silaturahmi pada bulan ini, Allah akan menghubungkannya dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa saja yang memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Siapa saja yang melakukan solat sunat pada bulan ini, Allah akan mencatatkan baginya kebebasan dari api neraka. Siapa saja yang melakukan solat fardhu, baginya pahala seperti melakukan 70 solat fardhu pada bulan lain. Siapa saja yang memperbanyak selawat kepadaku pada bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangannya ringan. Siapa saja pada bulan ini membaca satu ayat al-Quran, pahalanya sama seperti mengkhatamkan al-Quran pada bulan-bulan yang lain.

Wahai manusia!

Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagi kalian. Kerana itu, mintalah kepada Tuhan kalian agar tidak pernah menutupkannya bagi kalian. Sesungguhnya pintu-pintu neraka tertutup. Kerana itu, mohonlah kepada Tuhan kalian untuk tidak akan pernah membukakannya bagi kalian. Sesungguhnya syaitan-syaitan terbelenggu. Kerana itu, mintalah agar mereka tak lagi pernah menguasai kalian.

Wahai manusia!

Sesungguhnya kalian akan dinaungi oleh bulan yang senantiasa besar lagi penuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bulan yang mana Allah telah menjadikan puasanya suatu kefardhuan, dan qiyam pada malam harinya suatu tathawwu’.

Siapa saja yang mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu amal kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan satu kefardhuan di dalam bulan yang lain.

Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu adalah pahalanya syurga. Ramadhan itu adalah bulan memberi pertolongan dan bulan Allah memberikan rezeki kepada Mukmin di dalamnya.

Siapa saja yang memberikan makanan berbuka kepada seseorang yang berpuasa, yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya dari neraka. Orang yang memberikan makanan itu memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa tanpa sedikit pun berkurang.

Inilah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka. Siapa saja yang meringankan beban dari hamba sahaya, nescaya Allah mengampuni dosanya dan memerdekakannya dari neraka.

Kerana itu, perbanyakkanlah empat perkara pada bulan Ramadhan: dua perkara untuk mendatangkan keredhaan Tuhan kalian, dua perkara lagi yang sangat kalian perlukan. Dua perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan mohon ampunan kepada-Nya. Dua perkara yang sangat kalian perlukan ialah memohon syurga dan perlindungan dari neraka.

Siapa saja yang memberi minum kepada orang yang berbuka puasa, nescaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam-Nya, dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam syurga."
[HR Ibnu Khuzaimah]

Khamis, 12 Mei 2011

Sampaikanlah kerana aku tidak mampu...

Buat kamu.. yang mampu membaca.. ini luahan hati.. andai kau mengerti..

Kamu.. aku tidak meminta dilahirkan sebegini.. dan tidak ku minta kekurangan begini.. dan tidak ku minta rupa begini.. aku begitu cemburu melihat kamu.. kamu mampu menyanyi riang.. membaca dengan lancar.. bermain tanpa halangan.. mengurus diri dengan tangan mu sendiri.. padahal aku.. masih begini.. aku tidak mampu membaca, tidak mampu berfikir sematang kamu dan tidak mampu mengurus diriku sendiri.. Namun aku bersyukur.. kerana dengan kekurangan ini.. dapat mengingatkan aku supaya sentiasa bersyukur..

Namun, aku sedikit kesal.. mengapa masih ada diantara kamu yang tidak mahu bersyukur dengan apa yang padamu.. mengapa begitu susah mengucapkan terima kasih.. dan mengapa masih sanggup menyusahkan hati kedua orang tuamu..

Andai ku punya daya.. dan andai kamu faham isi hatiku... inginku sampaikan padamu... Lihatlah aku!! lihatlah aku!! lihatlah aku!! Berfikirlah dan bersyukurlah...

Satu lagi pesanku untukmu... aku tidak mampu menyampaikan amanahNya.. Kerana.. andai aku menyampaikan.. adakah mereka akan mendengarnya?? adakah mereka memahaminya??

Oleh itu, padamu aku berpesan.. sampaikan lah amanahNya.. kerana aku tidak mampu....


Ikhlas:
Aku...

Aku, harimau, buaya, tikus dan lebah...

Suatu hari, aku pergi bersiar-siar di tepi hutan. Sedang aku menghirup udara rimba yang segar, tiba-tiba aku terdengar satu bunyi.. "Aaauuummmmm!!!". Bunyi harimau yang kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Ah! Sudah.. Tanpa berfikir panjang, aku terus lari sekuat hati untuk menyelamatkan diri. Oleh kerana terlalu lapar, harimau itu terus mengejar aku tanpa henti. Aku berasa sangat takut. Lintang pukang aku lari. Sempat juga aku berdoa agar diselamatkan daripada dibaham harimau tadi.
Dengan kuasa Allah, diperlihatkan sebuah perigi di depan mata aku. Jadi, untuk menyelamatkan diri aku pun terjun ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Aku bergayut pada tali tersebut. Tali tu pendek saja. Jadi aku terpaksa bergantungan di tengah-tengah perigi.

Di mulut perigi, harimau yang lapar tersebut menungguku. Aku pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar aku diselamatkan. Tengah asyik berfikir macam mana nak selamat, tiba-tiba aku terdengar bunyi kocakan air di bawah perigi. Ya Allah... Bertambah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yang kelaparan. Apalah nasib. Sudah jatuh ditimpa tangga. Lagilah aku bertambah takut. Atas ada harimau, bawah ada buaya. Gilo!
Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tiba-tiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi tu lalu naik ke atas ikut tali yang aku bergayut tu. Sampai kat atas, tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... Macamana ni. Pastu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam pulak. Naik mengikut tali tadi. Cit!cit! cit!cit! sampai kat atas. Tikus hitam ni pun gigit jugak tali tu. Cis, lagi seekor. Macam mana aku nak buat ni. Habislah jadi mangsa buaya.

Berfikir lagi. Kalau naik kat atas, makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah, makan dek buaya. Macam mana ni. Sedang aku terus berfikir macam mana nak selamatkan diri, Tiba-tiba terdengar satu bunyi. Bbbbbuuuzzzzzzzzzz... Bunyi lebah bawa madu. Aku pun mendongak ke langit, melihat lebah yang sedang bawa madu tu. Tiba-tiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut aku. Punyalah nikmat rasanya. Memang manis madu ni. Tak pernah aku rasa madu semanis ni. Sedap gila!


Kerana setitik madu, aku terus terlupa pada harimau yang sedang menanti di mulut perigi dan 2 ekor buaya yang menanti di bawah. Manakala tikus hitam dan putih tu terus menggigit tali yang hampir putus.

Jadi, apa yang terjadi pada aku selepas itu?

Aku yang dimaksudkan tu adalah diri kita semua. Harimau yang mengejar tu adalah maut kita. Ajal memang sentiasa mengejar kita. So, sentiasalah beringat-ingat. 2 ekor buaya itu pula adalah malaikat Munkar dan Nakir yang menanti kita di alam kubur nanti. Tali tempat bergayut tadi pula adalah jangka hayat kita. Kalau pendek talinya, maka panjanglah umur kita. Dan kalau panjang talinya, maka pendeklah umur kita. Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu sedang gigit tali tu.

Madu... Madu yang jatuh setitik ke dalam mulut tersebut adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulut, terus dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah. Bila dapat nikmat sikit, terus lupa pada Allah. Waktu susah baru nak ingat Allah. Astaghfirullahalazim..

diambil dari solihin zubir.com..

Ahad, 3 April 2011

Menghukum Tanpa periksa...


Menghukum tanpa periksa.. mencarik sebuah rasa percaya...

Menghukum tanpa periksa.. membuat hati jadi merana...

Menghukum tanpa periksa.. meremukkan istana bahagia yang dicipta...

Menghukum tanpa periksa.. membuat diri menjadi hina...

Menghukum tanpa periksa.. membuat parah jiwa yang luka...

Menghukum tanpa periksa.. merobohkan jambatan cinta..

Menghukum tanpa periksa.. meretakkan sebuah ikatan keluarga..

Adakah aku layak untuk menghukum??

Padahal diri penuh dosa dan hina..

Hanya mereka yang diri tidak pernah melakukan dosa.. yang layak utk menghukum...

jadi fikirkan sekali lagi...


"Ya Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri. Sekiranya Engkau tidak mengampuni dosa kami ini dan tidak mengasihani kami, maka pastilah kami akan tergolong daripada orang yang rugi."




اللهم إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلمًا كَثِيرًا، وَلَا يَغْفِرُ الذُنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِي، إِنَّكَ أَنْتَ الغَفُورُ الرَّحِيم


Maksud :


Ya Allah, sesungguhnya aku telah banyak menzhalimi diri sendiri dan tidak ada yang mampu mengampuni dosa melainkan Engkau, maka berilah ampunan kepadaku dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau maha pengampun dan maha penyayang.

Jumaat, 1 April 2011

WANITA IMPIAN.....


Yang dikatakan wanita sejati adalah.....
Yang melindungi diri dan hati dengan amal
Yang menaburkan sopan ke setiap penjuru
Yang melembutkan suara merdunya
Yang cekal dan tabah hatinya Yang tidak patah semangat wajanya Yang menebarkan cinta ke sejagat maya
Yang melimpahkan hati dengan keinsafan
Yang mengosongkan hati dengan dendam
Yang menyemarakkan kasturi di kelopak iman
Wanita dipandang dari peribadinya
Direnung dari akhlaknya
Dilihat dari kesetiaannya
Ditinjau dari ketaatannya Allah
Dibesarkan melalui solatnya
Puasa menjadi amalannya
Al-Quran menjadi hiburannya
Jihad menjadi gelanggangnya
Wanita yang bakal disyurga ialah wanita yang mengubah dunia dengan iman dan akhlaknya..
Ya Allah....
Cantikkanlah akhlakku sebagaimana cantiknya akhlak Rasulullah S.A.W.dan siti fatimah
Tenangkanlah hatiku bagai tenangnya air di tasik dan
serikan wajahku bagai cahayanya bulan purnama di malam hari dan berserinya wajah orang- orang yang beriman.

Insyaallah....

Isnin, 3 Januari 2011

BILA AL-QURAN BICARA..


oleh Ukhty Nissa Safitri

Waktu engkau masih kanak – kanak, kau laksana kawan sejatiku.
Dengan wudhu, aku kau sentuh dalam keadaan suci.
Aku kau pegang, kau junjung dank au pelajari.
Aku engkau baca dengan suara lirih ataupun keras setiap hari.
Setelah usai engkau pun selalu menciumku mesra.

Sekarang engkau telah dewasa…
Tampaknya kau sedah tak berminat lagi padaku.
Apakah aku bacaan usang yang tinggal kenangan.
Menurutmu barangkali aku bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu.
Atau menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji saja.

Apakah aku bacaan usang yang tinggal kenangan.
Menurutmu barangkali aku bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu.
Atau menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji saja.

Sekarang aku engkau simpan rapi sekali hingga kadang engkau lupa dimana menyimpannya.
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai perhiasan rumahmu.
Kadang aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa.
Atau aku kau anggap penangkal untuk menakuti hantu dan setan.
Kini aku lebh banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian dan kesepian.
Di atas lemari, di dalam laci, aku engkau pendam.

Dulu, pagi pagi sekali surah surah yang ada padaku, engkau baca beberapa halaman.
Petang hanya aku kau baca beramai ramai bersama temanmu di surau….
Sekarang, pagi pagi sambil minum kopi, engkau baca akhbar pagi atau menonton berita di TV.
Waktu senggang engkau sempatkan membaca buku karangan manusia.
Sedang aku yang berisi ayat ayat yang datang dari Allah Yang Maha Perkasa, engkau campakkan, engkau abaikan dan engkau lupakan.

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surahku (Basmalah).
Diperjalanan engkau lebih asyik menikmati muzik duniawi.
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat padaku dilaci keretamu.
Sepanjang perjalanan, radiomu selalu tertuju ke stesen nada favoritemu.
Aku tahu kalau itu bukan stesen radio yang senantiasa melantunkan ayatku.

Di meja kerjamu tidak ada aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja.
Di komputermu pun kau putarkan musik favoritemu.
Jarang sekali engkau putar ayat ayatku melantun.
e-mail/fb temanmu yang ada ayat ayatku pun kadang kau abaikan.
Engkau terlalu sibuk dengan urusan duniawi.

Benarlah dugaanku bahwa engkau kini sudah benar benar melupakanku.
Bila malam tiba engkau tahan duduk berjam jam di depan TV.
Menonton pertandingan bola, muzik atau film dan drama.
Di depan computer berjam jam engkau betah duduk.
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah.

Waktu cepat berlalu, aku menjadi semakin kusam dalam almari.
Mengumpul debu dilapisi abu dan mungkin dimakan kutu.
Seingatku hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali.
Itupun hanya sekedar beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafal tidak semerdu dulu.
Engkau pun kini terbata bata dan kurang lancar lagi setiap membacaku.

Apakah Akhbar, TV, radio, komputer, dapat memberimu pertolongan?
Bila engkau dikubur sendirian, menunggu sampai kiamat tiba, engkau akan diperiksa oleh malaikat suruhan Nya.
Hanya dengan ayat ayat Allah yang ada padaku engkat dapat selamat.

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu…
Setiap saat berlalu…berkuranglah jalan umurmu…
Dan akhirnya kubur senantiasa menunggu kedatanganmu..
Engkau bisa kembali kepada Tuhan-mu bila - bila waktu, apabila malaikat maut mengetuk pintu rumahmu.

Bila aku engkau baca selalu dan engkau hayati…
Di kuburmu nanti…
Aku akan datang sebagai pemuda gagah dan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri.
Bukan Akhbar yang engkau baca yang akan membantumu dari perjalan di alam akhirat.
Tapi akulah “ AL-QUR’AN “ kitab sucimu.
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

Peganglah aku lagi….bacalah kembali aku setiap hari.
Karena ayat ayat yang ada padaku adalah ayat suci.
Yang berasal dari Allah, Tuhan Yang Maha Mengetahui.
Yang disampaikan oleh Jibril kepada Nabi Muhammad Rasulullah saw

Keluarkanlah segera aku dari almari atau lacimu…
Jangan lupa bawa kaset yang ada ayatku dalam laci keretamu.
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhan mu.

Sentuhlah aku kembali….
Baca dan pelajari lagi aku…
Setiap datangnya pagi dan petang hari…
Seperti dulu….dulu sekali…
Waktu engkau masih kecil dan polos…
Di surau kecil kampungmu yang damai.
Jangan aku engkau biarkan sendiri….
Dalam bisu dan sepi…


===

Sebuah renungan untukku, untukmu, untuk kita semua.
Semoga tulisan ini dapat membuka pintu hati yang terkunci....