Sabtu, 10 November 2012

Hanya SAYA?

Bismillahirahmanirrahim.. 

Alhamdulillah untuk nafas ini.. Allahumma solli ala saidina muhammad.. atas kesudian menjadi perantara Cinta aku dan Dia..

Wah! bersih sungguh blog ni... (padahal sama je...) =) 

 

Hanya SAYA? Kenapa?


Kerana..
24 jam sehari.. 7 hari seminggu.. 4 minggu sebulan.. 12 bulan setahun.. dan kini setelah 22 tahun saya masih di izinkanNya untuk terus hidup... dan Sehingga ke minit ini saya masih memikirkan.. tentang SAYA.. diri SAYA.. hanya SAYA..

hampir seharian saya memikirkan.. 

Apa yang SAYA akan buat hari ini?   
 

















Apa yang ingin SAYA makan tengahari ini?

Bahagiakah SAYA hari ini?
 



dan jarang sekali saya memikirkan...


Apakah yang MEREKA buat hari ini? 

Apa yang MEREKA makan hari ini?

Bahagiakah MEREKA hari ini? 
 

Allahuakbar.. Ya Allah anugerah kedua terbesar setelah Iman dan Islam... tidak aku gunakan sebaiknya... akal ini hanya memikirkan tentang DIRIKU, AKU, SAYA.. tanpa menghiraukan MEREKA..

HambaMu ini terlupa bahawa kau hantarkan MEREKA untuk mengajarku erti SYUKUR itu.. maka mulai saat ini.. Aku mohon padaMu Ya Allah... patrikanlah syukurku atas segala nikmatMU.. rezekiMU.. ujianMU.. Supaya dengan syukur ini dapat ku berbaris dalam barisan MEREKA yang KAU kasihi dan kasihani.. 

wallahua'lam.. 

Jumaat, 2 November 2012

Mari Membersihkan sawang!

Bismillahhirrahmanirrahim... Allahumma solli ala saidina muhammad...

Alhamdulillah hari ini, jam ini, minit ini, dan saat ini sy masih bernafas lagi... otak ligat mencari2 sebab musabab diri ini masih bisa berdiri hari ini... Terlalu banyak dosa yang masih belum diampunkan.. masih banyak janji yang belum tertunai dan masih banyak lagi perkataanNya yang masih belum disampaikan... mungkin ini sebabnya diri masih di sini..

Setelah berkurun lamanya... blog ini tidak terusik... hanya dijenguk sekali sekala... sawangnya... MashaAllah banyaknya!! (hanya imaginasi).. =) Bukan sibuk.. tiada masa jauh sekali.... tapi perkataan yang paling tepat sekali ialah... saya dilanda penyakit MALAS... inilah penyakit yang MERBAHAYA... yang jika tidak dirawat ia akan menular keseluruh tubuh dan berkemungkinan akan berjangkit kepada orang - orang yang berhampiran... maka berhati - hatilah.. dan sekarang saya masih dalam tempoh rawatan... maka ... dengan bantuan 'ubat' yang dipanggil selawat dan zikir serta buku - buku motivasi..  dengan kudrat yang Allah berikan ini perlu digunakan sepenuhnya... insyaAllah..

Hari ini hari membersihkan sawang - semawang (bahasa baru) yang ada di seluruh blog ini... mencuci yang perlu di cuci.. mengelap apa yang perlu dilap...  sambil menyanyi... sabun!! di bilik mandi... sabun!!! di bilik mandi... semoga blog ini lebih terisi... insyaAllah tidak sunyi lagi... InsyaAllah jumpa lagi... =)

Spray sikit kasi wangi... =)

Isnin, 5 Mac 2012

Saat si dia datang..

Assalamualaikum w.b.t

Pada hari yang cerah lagi sempurna ini, PJ teringin menulis tentang si dia.. Sekaligus menjawab pertanyaan mereka yang tidak sabar menikmati nasi minyak PJ...=) Ingin PJ kongsikan suatu rasa dari lubuk hati yang paling dalam..

Suatu saat si dia akan datang.. dengan izinNya dia datang memimpinku menuju redhaNya.. Akan tetapi, saatku teringatkan dia.. aku terbayang hari kematianku..

Aku pasti.. saat pertama kali bertentang mata dengannya nanti hatiku berdebar tidak terkira.. namun.. aku lebih pasti.. saat kematian bertamu di ruang tamuku, jantungku akan berdegup kencang sehingga tidak terbayang..

Aku terbayang.. saat si dia bertanya tentangku, tentang keluargaku, cita - citaku dan prinsipku pada saat ta'aruf ku nanti.. dan sekaligus aku terbayang.. saat malaikat Munkar dan Nakir bertanya tantang Tuhanku, Nabiku, agamaku, solatku, amalanku dan dosa - dosaku pada malam pertama aku dikuburkan..

Aku mengimpikan.. setelah kami diijabkabulkan nanti.. aku akan sentiasa merinduinya, mengingatinya, setia padanya.. supaya kami saling mencintai kerana Ilahi.. Namun aku lebih mengimpikan.. agar setiap nafas hidupku ini aku sentiasa merinduNya, mencintaiNya, dan sabar menanti saat bertemu denganNya.. Supaya aku sentiasa redha padaNya dan Dia redha padaku...

Ibarat pohon semalu,
Akan ku pupuk maluku,
Sementara menunggu hadirmu,
Andai bertahun lagi harus kutunggu,
Andai kamu yang ditakdirkan untukku,
Andai denganmu dapat ku capai redha Tuhanku,
Andai bersama denganmu dapat ku gapai syurgaku,
Aku akan terus menunggu.. Dengan izin Tuhanku Yang satu...


Khamis, 16 Februari 2012

Ujian Tanda Ingatan


Setelah sebulan, baru ini masa dapat PJ luangkan untuk blog ini.. Sejak kebelakangan ini hati ini dilanda ujian.. masih berharap hati ini cukup kuat untuk itu..


Terasa berat hati ini, terasa sesak dada ini, terasa sakit jiwa ini, terasa kelu lidah ini tatkala Allah menghantar ujian singgah di sisi..

Apabila ujian datang padamu.. kau menganggap Allah tidak adil padamu.. kau katakan Tuhan tidak menyayangimu..
Katamu, mengapa mereka tidak diuji sepertimu? mengapa kau tidak bahagia seperti mereka? Tapi adakah kau sedar, saiz bajumu dan saiz bajuku berbeza.. minatku dengan minatmu juga berbeza.. Adakah adil jika Allah menguji kita dengan ujian yang sama?? Padahal kau tahu, kita berbeza..

Kerana Allah itu Maha Adil, Maha Penyayang dan maha pengasihlah ujian untukmu dan untukku berbeza.. Subhanallah..


Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Al-Baqarah - 286)

Wahai diri, adakah kau tahu.. ujian itu tanda ingatan Allah buat hamba - hambaNya.. Ujian juga tanda rindu Allah buat kita.. Pada saat Allah mengujimu, pada saat kau menangis kerananya.. pada saat sendumu terhambur kerana luka dijiwa, pada saat hatimu parah kerana luka.. Tahukah kau Allah amat merinduimu.. merindui tangisanmu, sendumu, dan adumu padaNya..

Dia rindu mendengar kau mengadu padaNya.. dan Dia rindu mendengar kau menangis kesal atas dosa - dosamu..

Dia rindu padamu.. Maka, beruntunglah mereka yang diuji, kerana ia tanda rindu Allah kepadamu..

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". (Al-Baqarah - 286)

Sabtu, 7 Januari 2012

Pengakhiran merupakan permulaan yang baru..

Dengan nama Allah Yang Maha Mengasihi Tuhan sekalian alam.. Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan s.a.w serta kaum keluarga baginda dan para sahabat baginda..

Ini merupakan post pertama bagi tahun 2012 ini.. Segala puji bagi Allah, dengan seizinNya kita masih bernafas lagi bagi meneruskan tugas sebagai hambaNya..

Bagi permulaan tahun ini.. izinkan saya membahasakan diri sebagai PJ atau Pengemis Jannah.. sinonim dengan diri ini yang miskin dan papa kedana dengan pahala dan ilmu.. Sepanjang perjalanan Mencari Jannah ini.. PJ akan terus menerus mengemis kasih, ilmu dan belas kasihan dari Si Dia yang Mencipta.. Izinkan juga PJ untuk berkongsi sekadar apa yang ada pada diri yang miskin ini.. Semoga diakhir perjalanan Mencari Jannah nanti PJ dan semua sahabat akan menjadi manusia yang paling kaya dihadapanNya.. InsyaAllah.. =)



Sejak kebelakangan ini PJ sering terdengar dan terbaca tentang kematian, mati, meninggal dan sebagainya.. setiap kali mendengarnya jugalah hati ini jadi berdebar2, terbayangkan saat kematian yang bakal tiba nanti.. Seseungguhnya mati ini akan tiba juga.. dan kita perlu bersedia..

PJ pernah terbaca bahawa setiap manusia akan mati dalam keadaan yang paling mereka suka.. Contohnya jika seseorang itu suka merempit.. maka matilah dia dalam keadaan yang paling ia suka.. Lihat saja mereka yang mati semasa sedang beribadat.. dan mereka yang mati semasa sedang bermaksiat.. Pilihlah yang mana satu kita mahu.. Pilihan ditangan kita..


Ya Allah Ya Tuhanku..
Aku belum bersedia bertemuMu Ya Allah,
Walau aku tahu, aku bukan sesiapa untuk berkata tidak atau tunggu..
Aku bermohon kepadaMu Ya Allah..
Dengan tangan yang penuh dosa ini,
Dengan hati yang kotor ini,
Aku bermohon kepadaMu..
Leraikanlah kekusutan di fikiranku..
Jinakkanlah nafsuku..
Tenangkanlah gejolak jiwaku..
Bersihkanlah hatiku..

Wahai Tuhan daku bermohon keampunan dan kemaafan..
Kutiplah aku si pengemis kasihMu..
Tumpangkanlah diri ini.. walau hanya dipinggiran rahmatMu..

Sesungguhnya pengakhiran hidup ini merupakan permulaan hidup yang baru.. Semoga permulaan PJ dan sahabat nanti akan menjadi permulaan yang baik.. amin..