Sabtu, 15 Mei 2010

Wanita mangsa fesyen.. setujukah?

Pesanan untuk saudariku juga diriku sendiri. Sebenarnya tanpa disedari para wanita atau khususnya Muslimah telah menjadi mangsa kepada "monster" yang bernama fesyen. Fesyen adalah salah satu daripada cara yang digunakan oleh para musuh Islam untuk menakluki umat Islam. Jika kita renungkan, tiada yang indah berpakaian dengan sangat ketat atau menjolok mata. Malah kelihatan sangat aneh.

Namun, ramai wanita Muslimah yang rela berbelanja berhabis - habisan gara - gara trend fesyen yang sentiasa berubah. Hari ini semakin banyak pakaian yang tipis dan aksesori aneh diperdagangkan demi membeli maruah seorang muslimah. Namun tidak dinafikan pakaian dan aksesori yang dijual itu memang menarik. Namun inilah cabaran dan dugaan sebagai muslimah masa kini.

Relakah kita terus menerus menjadi mangsa sedangkan Islam telah menunjukkan bagaimana seharusnya seorang muslimah itu menjaga dirinya yang ibarat 'permata' itu? Syariat Islam telah sempurna yang diturunkan Allah s.w.t. kepada umat Nabi Muhammad s.a.w. Carilah di mana-mana, hanya Islam yang telah mengaturkan kehidupan bermula daripada bangun tidur hingga tidur semula pada malam hari.

Aturan syariat bukan bertujuan untuk mendiskriminasikan para wanita, namun ia menunjuk ajar cara terbaik untuk memelihara dan menjaga keindahan yang diberikanNya. Kerana ciptaanNya yang indah itulah, maka Allah s.w.t. memerintahkan untuk menutupnya kepada sembarangan insan.

Setiap yang indah jika terlalu sering dijaja ke mana - mana, maka ia akan menjadi biasa dan tidak tampak lagi keindahannya. Sayangnya, wanita iaitu makhluk yang paling mudah untuk ke syurga menjadi yang paling senang untuk menjadi ahli neraka.

Pesan seorang ibu kepada para mujahid dan mujahidah: Katanya, "Kita hidup di dunia hanya 50 tahun atau paling lama pun 80 tahun. Lalu nyawa kita akan diambil. Kehidupan yang sebenar ialah kehidupan di akhirat yang kekal abadi. Dunia ini hanya ujian bagi orang Mukmin dan syurga bagi orang kafir. Jika kita tidak bertahan dengan ujian di dunia, apakah kita mahu menjadi seperti orang kafir yang kelak akan mendapat pembalasan seumur hidup di akhirat?"
Coretan dari Majalah Solusi Isu#13

5 Wasiat Dari Allah s.w.t kepada Rasulullah s.a.w


Dari Nabi s.a.w, 'Pada waktu malam saya diisra'kan sampai ke langit, Allah s.w.t telah memberikan 5 Wasiat, antaranya:
  • Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
  • Jadikan cintamu kepada-Ku sebab kembalimu adalah kepada-Ku.
  • Bersungguh-sungguhlah engkauu mencari syurga.
  • Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa ditangan mereka.
  • Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta Qiamulail.