Khamis, 30 Disember 2010

Ketika Aku Sendiri


Aku terfikir bagaimanakah akan aku hadapi dunia jika aku sendiri, padahal dunia itu penuh dengan tipu daya, cubaan, dugaan dan godaan.. bagaimana akan ku hadapi diriku sendiri yang tidak betah untuk sendiri..


Ketika aku sendiri,bagaimana akan ku jawab persoalan – persoalan yang timbul, persoalan yang tidak ku tahu jawapannya.. persoalan yang diluar mampuku.. persoalan tentang Tuhan ku Yang Satu..

Ketika aku sendiri, apakah dapatku rasai bahagia?? dapatkah aku mengerti apa itu keluarga?? Dapatkah aku fahami apa itu persahabatan?? Dapatkah aku rasai apa itu kebersamaan??

Ketika aku sendiri dapatkah aku mengerti apa ertinya kami, kita?? Kerana selama ini yang aku tahu hanya aku, aku, aku, dan aku.. tanpa ambil peduli segala yang lainnya…

Ketika aku sendiri, dapatkah aku bayangkan bertapa be­sarnya bumi Tuhan ini… Bumi yang Tuhanku hamparkan supaya hambaNya mengambil pengajaran..


Kini, ketika aku tidak lagi sendiri..

Ketika aku tidak lagi sendiri, baru aku sedari dunia hanya sementara.. dan dunia hanya tempat mengumpul bekalan..

Ketika aku tidak lagi sendiri, aku dapat menjawab apa sahaja persoalan yang menerjah benakku.. persoalan tentang Kebesaran Tuhanku, persoalan tentang datangnya aku dan kembaliku kepadaNYa Yang Satu..

Ketika aku tidak lagi sendiri, aku dapat mengerti apa itu teman.. aku dapat rasai indahnya kasih dan kemesraan..

Ketika aku tidak lagi sendiri, aku lebih kuat untuk melangkah setapak lagi mendekati Tuhanku ..

Kini pilihan jelas berada didepanku. Adakah aku masih ingin terus sendiri atau sebaliknnya..

Kerana selepas ini, aku akan sendiri lagi, berhadapan dengan Tuhan Yang akan mengadili… Sama ada

Berat atau ringankah timbanganku..

Cantik atau burukkah hadiahku..

Cukup atau tidakkah bekalanku..

Ya Allah Ya Tuhanku tetapkanlah hatiku dalam AgamaMu, Redhailah perjalananku dan janganlah biarkan aku tersasar dari jalanMu.. Amin..