Khamis, 16 Februari 2012

Ujian Tanda Ingatan


Setelah sebulan, baru ini masa dapat PJ luangkan untuk blog ini.. Sejak kebelakangan ini hati ini dilanda ujian.. masih berharap hati ini cukup kuat untuk itu..


Terasa berat hati ini, terasa sesak dada ini, terasa sakit jiwa ini, terasa kelu lidah ini tatkala Allah menghantar ujian singgah di sisi..

Apabila ujian datang padamu.. kau menganggap Allah tidak adil padamu.. kau katakan Tuhan tidak menyayangimu..
Katamu, mengapa mereka tidak diuji sepertimu? mengapa kau tidak bahagia seperti mereka? Tapi adakah kau sedar, saiz bajumu dan saiz bajuku berbeza.. minatku dengan minatmu juga berbeza.. Adakah adil jika Allah menguji kita dengan ujian yang sama?? Padahal kau tahu, kita berbeza..

Kerana Allah itu Maha Adil, Maha Penyayang dan maha pengasihlah ujian untukmu dan untukku berbeza.. Subhanallah..


Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Al-Baqarah - 286)

Wahai diri, adakah kau tahu.. ujian itu tanda ingatan Allah buat hamba - hambaNya.. Ujian juga tanda rindu Allah buat kita.. Pada saat Allah mengujimu, pada saat kau menangis kerananya.. pada saat sendumu terhambur kerana luka dijiwa, pada saat hatimu parah kerana luka.. Tahukah kau Allah amat merinduimu.. merindui tangisanmu, sendumu, dan adumu padaNya..

Dia rindu mendengar kau mengadu padaNya.. dan Dia rindu mendengar kau menangis kesal atas dosa - dosamu..

Dia rindu padamu.. Maka, beruntunglah mereka yang diuji, kerana ia tanda rindu Allah kepadamu..

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". (Al-Baqarah - 286)