Ahad, 7 Februari 2010

SaHaBaT aTau KaWan...


Sahabat...

Sering terngiang - ngiang di minda ini apakah ertinya sahabat...
seorang yang hanya menemani kita di kala senang dan susah atau
seorang yang sanggup melebihkan sahabatnya lebih dari dirinya sendiri...

Mereka sering berkata kawan senang dicari tetapi sahabat sukar didapati...
apa perbezaannya... bukan kah sama?? cuma berbeza ejaannya...
hanya orang menghargai sahabatnya sahaja yang faham apa perbezaannya...

MUTIARA KATA SEORANG SUFI

HAK SEORANG SAHABAT..

JIKA ENGKAU TIDAK MAMPU MEMBERI BANTUAN KEPADANYA,

JANGANLAH PULA ENGKAU MEMBERI KESUSAHAN KEPADANYA,

JIKA ENGKAU TIDAK MAMPU MENGGEMBIRAKANNYA,

JANGANLAH PULA ENGKAU MENDUKACITAKANNYA,

JIKA ENGKAU TIDAK MAMPU MEMUJINYA,

JANGANLAH PULA ENGKAU MENGEJINYA...

Sebagai seorang sahabat, kita perlu terlebih dahulu menghargai sahabat kita supaya kita dihargai...

.:pesanan buat diriku sendiri dan sahabat - sahabatku yang tersayang...