Jumaat, 24 September 2010

Sedarkah kita..


Gumpalan awan yang cerah

Menutupi panas mentari yang terik

Memberi ketenangan yang nyata

Membuat hati luka terlupa akan pedih hatinya


Hijau pepohon melambai

Melentok kiri dan kanan

Tanpa berhenti bertasbih

Menyebut nama Kekasih


Burung burung berterbangan

Bebas ke sana dan ke mari

Bersama cicipan zikir

Mencari rezeki dengan izinNya


Angin menderu dengan sejuk dan nyaman

Membuat manusia terlupa

Dari mana asalnya

Dan kemana hala tujunya


Batu, pasir dan haiwan kecil

Menjalankan tugas dengan penuh khusyuk

Sesuai perintah Pecipta Agung

Tanpa lemah dan lelah arahan Kekasih sentiasa dijunjung


Begitu makhluk yang dicipta bersama

Menjadi peringatan tatkala terlupa

Mengingatkan para manusia

Hari perhitungan kan tiba jua..