Rabu, 20 Januari 2010

Bagaimana Doa Kita?


Tiadalah senjata yang paling canggih bagi umat Islam dari dahulu sehingga ke akhir zaman ini melainkan doa. Doalah satu - satunya jalan yang kita semua maklumi akan peranannya, tetapi sayang hampir - hampir dilupai ditelan arus kemodenan teknologi canggih. Hakikatnya, bagi kita umat yang memahami kesyumulan Islam, doalah senjata yang akan terus berlawan dengan takdir hingga ke hari kiamat dan doa jugalah yang mampu mengubah takdir.

10 Sebab Doa Tidak Diterima


Seorang ahli Sufi, Ibrahim Bin Adham pernah ditanya oleh penduduk Basrah mengenai nasib mereka yang masih serupa walaupun selalu berdoa kepada Allah s.w.t. Ibrahim menjawab:
  • Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak memenuhi hak - hak-Nya (hak Allah adalah: mengikut segala suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.)
  • Kamu mengaku mencintai Rasulullah, tetapi kamu tidak pernah mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.
  • Kamu membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak mengamalkan isi kandungannya.
  • Kamu mengaku syaitan adalah musuh kamu, tetapi kamu patuh kepadanya.
  • Kamu berdoa dijauhkan dari api neraka, tetapi kamu mendekatinya dengan selalu membuat maksiat.
  • Kamu berdoa semoga dimasukkan ke syurga, tetapi kamu tidak berusaha untuknya.
  • Kamu mengetahui bahawa kematian itu pasti, tetapi kamu tidak bersiap sedia menghadapinya.
  • Kamu selalu membuka keaiban saudara kamu, tetapi kamu tidak melihat keaiban diri kamu sendiri.
  • Kamu makan segala rezeki dan nikmat Allah, tetapi kamu tidak mensyukurinya.
  • Kamu mengebumikan jenazah saudara kamu yang meninggal dunia, tetapi kamu tidak mengambil iktibar darinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan