Sabtu, 7 Januari 2012

Pengakhiran merupakan permulaan yang baru..

Dengan nama Allah Yang Maha Mengasihi Tuhan sekalian alam.. Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan s.a.w serta kaum keluarga baginda dan para sahabat baginda..

Ini merupakan post pertama bagi tahun 2012 ini.. Segala puji bagi Allah, dengan seizinNya kita masih bernafas lagi bagi meneruskan tugas sebagai hambaNya..

Bagi permulaan tahun ini.. izinkan saya membahasakan diri sebagai PJ atau Pengemis Jannah.. sinonim dengan diri ini yang miskin dan papa kedana dengan pahala dan ilmu.. Sepanjang perjalanan Mencari Jannah ini.. PJ akan terus menerus mengemis kasih, ilmu dan belas kasihan dari Si Dia yang Mencipta.. Izinkan juga PJ untuk berkongsi sekadar apa yang ada pada diri yang miskin ini.. Semoga diakhir perjalanan Mencari Jannah nanti PJ dan semua sahabat akan menjadi manusia yang paling kaya dihadapanNya.. InsyaAllah.. =)



Sejak kebelakangan ini PJ sering terdengar dan terbaca tentang kematian, mati, meninggal dan sebagainya.. setiap kali mendengarnya jugalah hati ini jadi berdebar2, terbayangkan saat kematian yang bakal tiba nanti.. Seseungguhnya mati ini akan tiba juga.. dan kita perlu bersedia..

PJ pernah terbaca bahawa setiap manusia akan mati dalam keadaan yang paling mereka suka.. Contohnya jika seseorang itu suka merempit.. maka matilah dia dalam keadaan yang paling ia suka.. Lihat saja mereka yang mati semasa sedang beribadat.. dan mereka yang mati semasa sedang bermaksiat.. Pilihlah yang mana satu kita mahu.. Pilihan ditangan kita..


Ya Allah Ya Tuhanku..
Aku belum bersedia bertemuMu Ya Allah,
Walau aku tahu, aku bukan sesiapa untuk berkata tidak atau tunggu..
Aku bermohon kepadaMu Ya Allah..
Dengan tangan yang penuh dosa ini,
Dengan hati yang kotor ini,
Aku bermohon kepadaMu..
Leraikanlah kekusutan di fikiranku..
Jinakkanlah nafsuku..
Tenangkanlah gejolak jiwaku..
Bersihkanlah hatiku..

Wahai Tuhan daku bermohon keampunan dan kemaafan..
Kutiplah aku si pengemis kasihMu..
Tumpangkanlah diri ini.. walau hanya dipinggiran rahmatMu..

Sesungguhnya pengakhiran hidup ini merupakan permulaan hidup yang baru.. Semoga permulaan PJ dan sahabat nanti akan menjadi permulaan yang baik.. amin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan